Monday, February 29, 2016

Musuh Dalam Diam (PCOS , CYST & FOBROID)

Assalammualikum...
permulaan bagi blog yang tak seberapa...
entry hari nie atie nak kongsikan sedikit info musuh dalam diam para wanita dan tak terkecuali atie.
^_^

entry kali nie atie nak kongsikan apa itu PCOS/CYST/FIBROID.


PCOS
"Polycystic ovary" adalah satu keadaan dimana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita membengkak akibat daripada telur-telur yang terperangkap dalam ovari dan gagal  melakukan proses penetasan pada waktu subur..Dan apabila keadaan tersebut berterusan ovari akan mula membengkak dan akan mendatangkan pelbagai masalah pada wanita tersebut...

Dan melalui kaedah pemeriksaan "vaginal ultrasound"hasil imbasan,doktor pakar puan akan mendapati kedua-dua belah ovari membengkak dan membesar sehingga dua atau tiga kali ganda berbanding daripada saiz biasa,
Manakala ciri fizikal ovari pula.Ovari kelihat seolah-olah mengandungi bintik- binti hitam yang digelar "Honeycomb Appearance"
Dan sebenarnya bintik -bintik hitam tersebut merupakan telur/benih yang terperangkap setelah gagal melakukan proses penetasan.
Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan para wanita di malaysia,dan diangarkan pada tahap membimbangkan kerana ianya menjejaskan kesuburan dan keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil serta melahirkan zuriat..

TANDA-TANDA PCOS

*Tidak subur atau Mandul.
-Sebilagan pesakit PCOS akan berjumpa doktor apabila mengalami kesukaran untuk hamil,walau pun sudah berkahwin lama dan ada diantaranya sudah mempunyai anak namun berhadapan masalah untuk mengandung kali yang ke 2.Juga mengalami peningkatan berat badan berlaku secara mendadak.

*Haid tidak Teratur
-Tanda yang biasa berlaku pada pesakit PCOS.kitar haid yang tidak teratur,lamabt datang haid dan kadang - kadang jarak haid jauh.angaran 3 atau 6 bulan berikutnya.Dan sesetengah wanita yang mengalami PCOS adakalanya setahun tak datang haid.

*Berat Badan Meningkat
-Obese atau masalah kegemukan ..ianya berlaku secara mendadak selepas ia  berkahwin dan ianya akan menyumbang kepada kitar haid yang lebih tidak teratur.faktor ini mengakibatkan  berlaku ketidak suburan kerana kerana telur tidak mampu menjalankan process penetasan dengan baik.

*Darah Haid Terlalu Sedikit.
-Dimana pesakit mengalami haid yang sangat sedikit hamya menitis selama dua atau tiga hari.bagaimana pun ada juga dikalagan mereka  mengalami pendarahan yang panjang hingga 15 atau pun 30 hari tanpa henti.hal ini tidak berlaku pada wanita normal seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

*Tumbuh Rambut.
-Tumbuh rambut pada kaki,misai dan janggut.Dan juga tumbuh rambut pada tangan adakalanya di bahagian dada.Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut .ianya merupakan satu keadaan yang sering  berlaku di kalagan pengidap POCS.


Adakalanya kita lupa pada kelebihaan yang terdapat pada ramuan tradisi lama kita disebabkan peredaran masa yang membawa kepada kemajuan...
atie cuba membantu dengan merawat secara alami...dengan bahan 100% semulajadi...insyallah.banyak kelebihan yang ada pada ramuan tradisi kita.
Atie salah seorang perundiang alami...kita kongsikan kebaikkan luar dalam wanita..



No comments:

Post a Comment